-->
skip to main | skip to sidebar

Windows of DN

Photobucket

Wednesday, February 17, 2010

perihal si double F!

Tiba tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan satu SMS masuk ke dalam in-box telefon bimbitku.lantas ku buka dan ku baca paparan teks yang tertera di skrin telefon bimbitku tu.
'better kita jadi kawan'
aku masih tidak percaya.sekali lagi teks tersebut ku amati dan ku baca satu persatu.memang tidak silap.tiada satu huruf pun yang berubah.tanpa bermaksud kemampuan teknologi yang semakin canggih dewasa ini aku cuba menenangkan perasaan ku dan memujuk hatiku untuk mempercayainya.
aku berusaha untuk kembali menumpukan perhatian terhadap perbualan aku dengan si sahabat yang aku lakukan tadi.nyata fikiran aku terganggu selepas membaca SMS dari F.
tanpa aku sedari,SMS yang aku terima awal tgh hari tadi itu telah mendera batinku.ingatan aku kembali tentangnya.aku rasa seolah olah ada satu pukulan emosi yang nyaris tidak terlawan.F adalah kosong.nama dan bayangannya hanyalah di alam fantasiku sahaja.
F,pergilah dengan semua cinta yang kau miliki.biarkan aku berjalan semampunya dengan mengumpul sisa sisa kelukaan yang masih berdarah ini.kepayahanku kini sudah lenyap.sebab,kepayahan yang pernah menghempap aku dulu tidak lagi aku anggap sebagai bebanan.ia telah ku anggap sebagai satu rasa yang biasa.
sedetik,dua detik,seminit merambat satu jam.air mata yang mengalir di pipiku masih tidak termampu untuk aku keringkan.aku duduk sendirian.memikirkan sesuatu yang aku tidak pasti.mcm mcm perasaan yang berbaur di dalam kotak fikiranku.sedih,marah,kecewa,benci dan ada terselit sedikit rasa sayang.
gerimis mulai turun menemani malam yang semakin menua.sudah lima jam aku di dalam kamarku.sendirian.akhirnya aku berdiri,berjalan menerobos kedukaan yang penuh dengan onak dan duri ini.meninggalkan kosong,menuju pasti.
walau malam gerimis.


♥let the dead is dead.yeah,yang mati biarlah mati.

Thanks For Reading

carutan by NRLSYZNA at 7:03 PM
Newer Post Older Post Home

The Author

My photo
NRLSYZNA
Thye Phin,Malaysia.
View my complete profile

Blog Archive

  • January (4)
  • February (2)
  • March (2)
  • April (5)
  • May (1)
  • June (4)
  • July (7)
  • August (9)
  • September (4)
  • October (5)
  • November (5)
  • January (3)
  • February (3)
  • March (2)
  • May (3)
  • August (1)
  • September (3)
  • October (1)

Total Pageviews

Followers

Hello-Welcome To My Official Blogspot :)